Ciri-ciri Stesen Stesen_MRT_Taman_Mutiara

Lokasi

Stesen ini terletak di atas Jalan Cheras, Cheras, Kuala Lumpur. Terdapat dua pusat membeli-belah terletak berhampiran stesen iaitu Cheras Leisure Mall dan EkoCheras Mall dimana kedua-dua pusat membeli-belah mempunyai laluan pejalan kaki terus ke aras legar stesen ini. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Mutiara Barat, Taman Mutiara Timur, Taman Tanyton View, Taman Segar, Pangsapuri Segar Court dan Kondominium Segar View.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Taman Connaught)
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Taman Midah)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki ke EkoCheras Mall dan Cheras Leisure Mall
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 400, T408, T409 dan 450 berkhidmat di stesen ini.